Pages

Friday, November 12, 2010

Perlu Kembali Manhaj Ilahi Atau Jalan Allah .

Orang yang tidak mengikut jalan Allah              ( Manhaj Ilahi ) menyebabkan dia akan diseret ke Neraka apabila akhirat nanti dan didunia ini ia akan mendapatkan satu ancaman malapetaka kehidupan atau tidak memperolehi ketenteraman atau ketenangan hati dan  kebahagian jiwa .
Jiwa manusia yang tidak memperolehi rahmat Allah sentiasa berada didalam gundah gulana dan sakit .  
Ibnu Ataillah Asakandari

Makna Dan Maksud Zalim

Yang dimsksudkan dengan  Zalim ialah Syahwah , Ikut Nafsu , Sesuatu yang tidak mengikut petunjuk Ilahi dan pelbagai lagi kelalaian ( Ghaflah ) terhadap Allah .
Segala macam kezaliman ini masuk kedalam hati ( manusia ) dan   sekali gus menutup pintu hati manusia dari segala cahaya keagamaan .
Segala macam zalim itu datang dari " Kedunian  , Nafsu dan Syaitan " .
Sekiranya kita tidak terpengaruh dengan  nafsu dan syaitan dan perkara - perkara tersebut  dan selalu tidak lupa kepada Allah , maka terbakarlah syaitan dan hancurlah ia .  
Syeikh Ibnu Ataillah Askandary