Pages

Saturday, October 16, 2010

Dakwah dan Tuntutan Duniawi

Dari Anas , ia berkata : " Sesungguhnya ada seorang datang kepada Rasullullah saw , ia memeluk Islam diatas sesuatu sebab dari keduniaan , Ia masuk Islam tiada tujuan lain selain dari tujuan keduniaan itu . Sebaik saja dia memeluk Islam ( waktu pagi ) dan diwaktu petangnya , Islam pun menjadi sesuatu yang paling dicintainya daripada dunia dan seisinya . "
(1/405) ibid no. 2866

Ini sebahagian dari strategi dakwah Rasullullah saw iaitu memenuhi tuntutan kebutuhan manusia . Allah memperuntukan sebahagian zakat untuk para muallaf . Tujuannya adalah untuk menjinakkan dan mendekati mereka kepada amal Islami .

Ramai orang mengetahui sunnah dan fikih tetapi melalaikan perkara ini sehingga jalan Allah menjadi terhalang .
(Syeikh Said Hawwa)
( Rambu - Rambu jalan Ruhani ms. 69 ) .

1 comment:

  1. Islam pun menjadi sesuatu yang paling dicintainya daripada dunia dan seisinya . "
    Muallaf ini merasai kebahagian dan ketenangan apabila berada didalam satu suasana Islam yang harmoni diantara Nabi dan sahabat-sahabat nya .
    Suasana Islamilah yang hilang didalam realiti masyarakat Islam dihari ini . Usaha-untuk untuk mengujudkan suasana soleh ini adalah sangat diperlukan .
    Kekadang realiti suasana orang-orang Islam dihari ini tidak banyak perbezaan dengan realiti non muslim . Wallahuaklam .

    ReplyDelete