Pages

Tuesday, September 7, 2010

PERTAMA: KONSEP HIDUP ISLAM

Ciri utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan, juga pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia.

Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian kerohanian

dan akhlaq semata-mata.

Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan insan. la hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri perseorangan malah ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola-pola yang sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk kenyataan di atas muka ini.

Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk
muka bumi dan saujana samudera.

Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia merupakan konsep istimewa tentang kedudukan insan dalam alam semesta ini. Itulah sebabnya mengapa perlunya kita memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami (konsepsi hidup menurut ajaran Islam) sebelum kita menangani atau membincangkan persoalan ini, masyarakat, politik dan ekonomi dari kacamata Islam.

Langkah permulaan menuju perbincangan persoalan-persoalan yang disebutkan di atas harus dimulai dengan memahami dan menghargai beberapa kaedah dasar.
Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1 comment:

  1. Islam bukanlah sekadar satu ugama yang didatangkan Allah untuk meninggikan ruhani sesaorang indibidu itu semata-mata , tetapi adalah untuk kebaikan seluruh jagat raya ini .

    ReplyDelete